Wednesday, April 25, 2012

PROMOSI Persolekan !!

PROMOSI RM60 untuk Solekan Dinner, Majlis Bertunang dan Nikah :)


RM60 sahaja!!! Untuk solekan yang cantik dan ringan. Solekan nipis mengekalkan keaslian wajah. Tidak tebal. 

Syarat: 

- Tempahan perlu dibuat seawal 3 bulan sebelum majlis. 

- Bayaran deposit sebanyak RM30 diperlukan untuk memastikan ia bukan tempahan palsu. 

- Deposit tidak akan dikembalikan di atas sebarang pembatalan tempahan dari pelanggan. 

- Pelanggan perlu datang ke butik kami di Taman Puchong Intan   (kami akan tentukan masa anda perlu datang). 

- Pihak syarikat berhak menolak tempahan jika terdapat pertembungan jadual dengan aktiviti kami           yang lain. 

- Pelanggan perlu menepati masa kerana kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang   kelewatan. 

- Pihak syarikat berhak membatalkan tempahan dan deposit tidak akan dikembalikan jika pelanggan datang lewat dari yang dijanjikan. 

- Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya untuk sentiasa menghubungi pihak syarikat. 

- Sebarang perubahan tertakluk kepada budi bicara pihak syarikat. 


Lain-lain: 

- Caj tambahan RM50 untuk pemakaian tudung berlapis (bahan dan peralatan perlu dibawa oleh pelanggan) 

- Caj tambahan RM30 untuk pemakaian tudung biasa (bahan dan peralatan perlu dibawa oleh pelanggan) 

- Caj tambahan RM20 untuk pemakaian baju perempuan (bahan dan peralatan perlu dibawa oleh pelanggan) 

- Caj tambahan RM20 untuk pemakaian sampin lelaki (bahan dan peralatan perlu dibawa oleh pelanggan) 

- Caj tambahan RM60 untuk dandanan rambut/sanggul (bahan dandanan disediakan oleh kami. Aksesori pilihan dan rambut palsu jika ada perlu disediakan oleh pelanggan) 






Sekian, :)

Barang Makeup Basic - Wajib Ada


Wet Tisu - Digunakan sebelum makeup untuk membuang sisa makeup, menutup pori-pori kulit muka dan menyegarkan kulit muka supaya makeup tahan lama. Nak guna ais batu pun tak pe sebelum makeup.


Moistfull / FaceMist - Digunakan sebelum dan selepas makeup untuk mendapat makeup yang tahan lama dan cantik.


Pelembab - Digunakan sebelum makeup. Kulit jenis berminyak hanya sapu sedikit sahaja manakala kulit kering sila sapu lebih sikit. 



Concealer - Untuk menutupi cela-cela seperti bekas jerawat, parut, eyebag dan dll. 



Naturactor - Color hijau dan putih dikhaskan untuk menutupi segala masalah kulit muka. Menampakkan kulit muka bertambah gebu. Warna lain tu untuk krim muka, ianya tidak berminyak dan sangat sesuai untuk jenis kulit muka berminyak dan kering. 





Liquid Foundation - Menampakkan muka kita licin dan smooth.


Compact powder - Kulit nampak mulus dan licin.



Compact powder - Kulit nampak mulus dan licin. 





Loose powder - Menampakkan muka glow. 


 



Celak Kening - Untuk membentukkan kening supaya nampak cantik dan teratur. 
 



Concealer Stick - Digunakan untuk menyorok lebihan kening yang terabur. Dapat mengelakkan dari kening dicukur.




Pallete eyeshadow 120 color - Dipakai di kelopak mata untuk menaikkan seri mata.



Kajal - Celak mata yang dipakai oleh orang Arab


Shadding - Untuk menampakkan tulang rahang pipi supaya nampak muka tirus. 




Blusher - Dipakai untuk menampakkan rahang pipi dan menaikan seri kecomelan pipi.





Blusher 3in 1 




Glue - Cecairnya color natural, so bila pakai di mata tiada kesan gam yang tinggal.




Bulu Mata Palsu - Untuk nampak mata kelihatan lagi cantik.


Mascara - Dipakai untuk memanjangkan bulu mata.



 Lipstik Pallete - 26 color lipstik



Lipstik Pallete Iphone - Ada 20 jenis color dengan 4 pilihan color yang menawan.




Lipgloss - Untuk menampakkan bibir kita sentiasa gebu dan cantik. 



Set brush - Barang wajib untuk makeup.


ANISYA's Products







Basic Make-up

Tuesday, April 24, 2012

Kepentingan Blog


Kepentingan Matlamat Blog – kongsi sedikit formula yang digunakan oleh anda untuk membina blog anda. Apa yang anda ingin pratikkan perlu anda sesuaikan dengan cara anda. Ini kerana anda yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anda. Setiap dari kita mempunyai kekurangan dan kelebihan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Perkongsikan maklumat berguna adalah kebaikan blog yang paling ketara. Pengguna boleh membaca apa saja maklumat, kemudian boleh berinteraksi dengan orang di sebalik  blog yang memberikan maklumat tersebut melalui teks, imej,rakaman suara atau klip video. Kebaikan blog selain untuk memberi maklumat adalah:


  • Sebagai tempat perbincangan di ruang komen atau chat box dari pelbagai lokasi diseluruh dunia.

  • Melatih kemahiran menulis walau dalam pelbagai bahasa.

  • Melatih kemahiran seni reka digital, terutama design blog, kod CSS atau 'blogskin'.

  • Tempat menyampaikan idea, gagasan atau tugasan jika anda seorang pensyarah atau guru.



Monday, April 23, 2012

Cara meningkatkan jualan produk/perkhidmatan melalui BLOG



Dapatkan blog dahulu


Jika anda lihat sekarang, kebanyakkan laman web yang berada di kedai e-dagang tidak mempunyai blog. Ini bermakna tiada kandungan baru yang di masukkan ke dalam laman web dan untuk pencarian di Google adalah terhad. Jika anda mempunyai blog, manakala pesaing anda tidak mempunyai blog, anda sebenarnya telah selangkah lebih maju dari pesaing anda. 


Jangan terlalu menjual


Untuk laman blog edagang, tidak perlu selalu menyiarkan produk baru atau keistimewaannya, ianya tidak masuk akal. Penulisan yang baik mampu memberi tarikan kepada pembaca dan akan menaikkan promosi tersebut. 


Menjadi seorang pemurah


Tidak apa jika berbincang mengenai sesuatu produk yang tidak mempunyai kaitan dengan produk anda, tetapi anda perlu mengelak daripada membincangkan hal peribadi. Untuk mengelakkan daripada produk anda tidak dibeli, cuba elakkan daripada topik agama, politik, seks dan sebagainya. 


Memberi ganjaran kepada pelanggan yang ada 


Satu perkara yang perlu anda tahu bahawa pelanggan akan gembira apabila mereka di hargai oleh anda sendiri. Testimoni adalah cara terbaik, tetapi 'web interactive' lebih baik berbanding testimoni. Pertandingan, kuiz, membuat karangan dan cabutan bertuah adalah cara untuk memberi ganjaran kepada pelanggan anda selain memberi diskaun. Apabila pelanggan anda gembira dengan layanan anda, urus niaga akan menjadi mudah dan akan membawa kepada pelanggan baru.


Tunjukkan kualiti produk anda


E-dagang mungkin merupakan laman web yang bosan tetapi dengan blog ia akan berubah dana akan memberi kelainan yang lain untuk anda.


Mendidik pelanggan


Pelanggan akan menggunakan pelbagai helah untuk mengetahui mengenai produk anda.Pepatah ada mengata : pelanggan yang sering menanya adalah pelanggan yang terbaik.Lebih banyak yang mereka tahu mengenai produk anda, lebih tinggi peluang untuk menjual produk anda.Jika anda mengelak untuk memberi info, tiada pelanggan yang akan membeli. 


Mempunyai jadual yang teratur untuk setiap kategori produk


Sebagai contoh, anda merupakan seorang penjual barangan rumah. Hari rabu adalah untuk menjual barangan dapur dan pada hari sabtu untuk menjual alat taman. Ini akan memberi penjualan produk secara teratur kepada anda. 


Mempunyai jualan murah dan cabutan bertuah secara rawak


Kenapa orang menggunakan blog? Ini kerana mereka tidak mahu terlepas setiap pos yang ada. Jika pelanggan tidak mengetahui bila anda akan membuat jualan murah, mereka akan terdorong untuk melanggan. Ini dinamakan sebagai kejutan untuk pelanggan. Dengan membuat kejutan seperti ini ke[ada pelaggan ia akan membawa kepada potensi jualan yang tinggi. 




Memberi khimat pelanggan kepada pelanggan anda


Segelintir orang takut untuk mempunyai blog dengan halaman e-dagang, karana takut akan mendapat aduan di ruangan blog mereka. Fikirkan tentang ini : tujuan aduan ini adalah untuk anda sedar tentang kelemahan produk anda dan memperbaiki semula produk anda melalui aduan yang anda terima (ambil ia sebagai satu peluang untuk membaiki kelemahan) dan link kan produk anda pada setiap halaman. Link kan ke halaman e-dagang anda dari blog anda adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan carian di google mengenai produk anda.Ianya adalah bagus untuk link kan produk anda di blog dan boleh mengawal setiap teks yang ada pada link itu.


Sekian, Terima Kasih :) 

Friday, April 20, 2012

ANISYA's Cosmetic Owners :)

We share this blog for our presentations..




Nur Anisa binti Khalil & Puteri Syafiqah Adilah binti Zolkarnain


This blog has been established in the ANISYA name because we share and combine our names into one. We combine ANIsa and SYAfiqah to make this name. We become a partner for our presentations and project.


  • In our projek, we should provide a speacial blog to attract customers through the blog. We're asked to present the tittle question number one. In this questions , we must promote the sales of products or services sold in our beauty salon. We also need presented on the importance of blogs and how blog can boost sales of products or services. So, lets to help us and supports our products or services ! :)

  • Besides that, we need to perform for 20 - 30 minutes to promote products or services in our blog. So, this project important for our marks in final exam.